Install this webapp on your device: tap and then Add to homescreen.
 

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

Pembiayaan RM3,000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan 'Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat', Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ketiga pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00juta. TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini. Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Kami menggunakan Cookie untuk memudahkan urusan anda. Sila baca polisi tentang privasi anda.