Soalan Lazim

TUNS 2021

1. Adakah pemohon perlu menyediakan sebut harga untuk memohon pembiayaan bagi bahan mentah atau modal kerja?

Bahan mentah dan modal kerja tidak memerlukan sebut harga dari pembekal namun pemohon perlu menyerahkan Resit Asal (tahun semasa) sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.

2. Berniaga secara atas talian dari rumah dan tiada gambar premis.

Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online perlu memuat naik screenshot dari Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan

3. Bolehkah koperasi / persatuan memohon TUNS?

Tidak layak.

4. Siapakah yang tidak layak memohon?
  • Perkhidmatan insurans
  • Institusi kewangan / pinjaman wang
  • Homestay
  • Perkhidmatan profesional
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh)
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing
  • Mesin layan diri (vending machine)
  • Dobi layan
  • Kontrator
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain
  • Individu yang pernah menerima geran TUNS
5. Bagaimana pembiayaan disalurkan?

Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan menyebabkan pemohon di senarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.

6. Adakah semua jenis sebut harga dari pembekal diterima?

Semua jenis sebut harga adalah diterima namun barangan yang dibeli hendaklah dinyatakan dengan jelas (rujuk pada syarat-syarat dokumen). Selain itu, sebut harga hendaklah dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal. Pemohon diingatkan untuk mengelakkan mengambil pembekalan dari kenalan / ahli keluarga bagi mengelakkan conflict of interest.

7. Siapa yang akan memilih pembekal?

Pemilihan pembekal akan diputuskan oleh Jawatankuasa TUNS

8. Adakah pembekal wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau tidak?

Pembekal tidak wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia namun pembekal hendaklah sebolehnya di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau pun berdaftar dengan PKNNS

9. Pembekal mempunyai barangan yang diperlukan oleh pemohon tetapi tidak mahu mengeluarkan sebut harga

Pemohon boleh mencari pembekal lain kerana permohonan tidak dapat diproses sekiranya sebut harga tidak dilampirkan bersama

10. Pembekal barangan beroperasi di luar Negeri Sembilan
  • Pembekal hendaklah sebolehnya dikalangan usahawan Negeri Sembilan, atau pun berdaftar dengan PKNNS. Sekiranya pembekalan barangan tersebut didapati boleh dibekalkan oleh pembekal tempatan, pemohon akan diminta mendapatkan pembekal tempatan.
  • Pemohon yang memohon untuk menggunakan pembekal luar perlu membuat perakuan dan justifikasi berkenaan mengapa memilih pembekal luar berbanding pembekal tempatan.
     
11. Tempoh minimum penyata kewangan atau penyata akaun bank perniagaan/ peribadi yang diperlukan?

Penyata terkini bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut

12. Berapakah had peruntukan bahan mentah dan modal kerja?

Had peruntukan bagi gabungan bahan mentah dan modal kerja adalah berjumlah RM1,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) daripada jumlah geran.

13. Bagaimanakan cara pembayaran bagi tujuan modal kerja dibuat?

Pembayaran bagi tujuan modal kerja dibuat dengan cara pembayaran balik (reimbursement). Ini bermaksud pemohon perlu mengemukakan resit-resit asal yang telah dibayar bagi tujuan tuntutan semula.

14. Adakah ubah suai premis termasuk dalam pembiayaan?

Ubah suai premis adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan

15. Apakah jenis pembiayaan yang dibenarkan di bawah butiran modal kerja?

Sewaan premis dan bil utiliti sahaja.

16. Bagaimanakah pecahan pembiayaan dibuat?

Pemohon boleh memohon untuk menggunakan keseluruhan RM3,000 untuk membuat pembiayaan di bawah kategori

  1. Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
  2. Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
  3. Promosi dan Pemasaran

Atau

  • RM2,000 untuk pembelian (i), (ii) dan (iii) dan RM1,000 untuk bahan mentah / modal kerja. Pemohon boleh memohon nilai (i), (ii) dan (iii) melebihi RM2,000 dan baki keseluruhan geran untuk pembelian bahan mentah / modal kerja.
17. Bolehkah jumlah sebut harga melebihi RM3,000?

Jumlah sebut harga boleh boleh melebihi RM3,000 namun had maksimum kelulusan adalah RM3,000. Pemohon perlu membayar lebihan tersebut.

18. Siapa yang layak untuk mengesahkan dokumen?

Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK.

Tandatangan ‘b/p (bagi pihak)’ adalah tidak dibenarkan.
 

19. Siapa yang layak jadi waris?

Turutan waris adalah

  • Suami / Isteri
  • Anak
  • Ibu / Bapa
  • Lain-lain (adik beradik sahaja)
20. Tiada penyata akaun bank perniagaan, hanya ada akaun peribadi. Kebanyakan urusniaga adalah secara tunai

Pemohon boleh mengemukakan penyata akaun peribadi yang aktif

21. Tiada penyata kewangan atau penyata akaun bank syarikat

Penyata kewangan diperlukan bagi tujuan semakan jualan tahunan perniagaan / syarikat dan status aktif perniagaan tersebut. Tanpa dokumen ini permohonan tidak akan diproses.

22. Berapakah tempoh minimum pendaftaran SSM untuk layak memohon?

Sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh permohonan dibuka. Pemohon juga perlu mengemukakan salinan pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.

23. Ada lesen penjaja statik dari PBT tapi tiada SSM?

Pendaftaran SSM adalah syarat asas bagi memohon pembiayaan TUNS. Tanpa dokumen ini permohonan tidak akan diproses.

24. Sudah lama berniaga namun tiada SSM?

Pendaftaran SSM adalah syarat asas bagi memohon pembiayaan TUNS. Tanpa dokumen ini permohonan tidak akan diproses.