Dokumen Sokongan
DOKUMEN SOKONGAN
- Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
- Gambar formal pemohon berukuran passport;
- Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
- Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
- Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
- Salinan dokumen pendaftaran SSM;
- Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
- Sijil perakuan pendaftaran
- Maklumat perniagaan
- Maklumat pemilik perniagaan terkini
- Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
- Borang 24/ Borang Seksyen 78
- Borang 49/ Borang Seksyen 58
- Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
- Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
- Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
- Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
- Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
- Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan;
- Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon.
- Penyata akaun perniagaan/syarikat pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
- Tempoh penyata kewangan/penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut.
- Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
- Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).
- Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi;
- Akaun peribadi mestilah atas nama pemohon.
- Penyata akaun simpanan pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
- Tempoh penyata kewangan/ penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut.
- Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
- Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).
- Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
- Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
- Gambar hadapan premis.
- Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan.
- Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; dan
- Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
- Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti).
- Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
- Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan;
- Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.
- Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga.
- Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
- Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).
- Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
- Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan.
- Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditulak serta merta.