Dokumen Sokongan TUNS Plus

  1. Salinan kad pengenalan berwarna (milik pemohon dan jelas);
  2. Gambar formal pemohon berukuran passport;
  3. Salinan lesen/ permit perniagaan/ sijil-sijil perakuan yang diiktiraf;
    1. Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    2. Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  4. Salinan sijil pendaftaran SSM (sertakan sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan jika ada);
    1. Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
      • Sijil Pendaftaran Perniagaan - SSM
      • Profil Perniagaan (Business Profile) - SSM 
      • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    2. Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Sijil Pendaftaran Syarikat - SSM
      • Profil Syarikat (Company Profile) - SSM 
      • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    3. Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    4. Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
    5. Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS Plus – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
  5. Salinan penyata kewangan/ penyata bank;
    1. Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat.
    2. Penyata akaun perniagaan/ syarikat yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    3. Penyata kewangan/ penyata akaun bank yang terkini dan lengkap bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut
    4. Penyata yang dibenarkan;
      • Penyata yang diperoleh melalui kaunter bank. (telah disahkan oleh pihak bank)atau
      • Penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima)
  6. Laporan kredit CTOS SCORE
  7. Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
    1. Gambar hadapan premis/ tapak/ lokasi perniagaan.
    2. Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
    3. Screenshot platform jualan yang digunakan untuk mengiklankan produk/ perkhidmatan (Facebook/ Instagram/ Tiktok/ Website)
  8. Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; dan
    1. Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    2. Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon wajib melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
  9. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan; dan
    1. Hanya boleh disahkan oleh ADUN atau Penyelaras DUN.
  10. Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.