Kelayakan Permohonan TUNS Plus

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  3. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh dan telah beroperasi selama tempoh satu (1) tahun sebelum permohonan dibuat (berdaftar sebelum 30 April 2023);
  4. Mempunyai lesen premis/ permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh;
  5. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  6. Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak;
  7. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun);
  8. Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau  bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima (5) orang);
  9. Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan;
  10. Pemohon tidak berstatus muflis serta perlu melampirkan laporan kredit CTOS Score;
  11. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
  12. Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.