Log Masuk Semak Permohonan

Komponen Pembiayaan

KOMPONEN PEMBIAYAAN (GERAN)

Komponen pembiayaan yang dibenarkan di bawah program ini terbahagi kepada empat (4) komponen utama. Segala permohonan bagi pembiayaan komponen-komponen yang dibenarkan ini hendaklah bertujuan untuk menambahbaik kapasiti pengeluaran perniagaan dari keadaan sedia ada. Komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut :

  • Pembelian mesin dan peralatan perniagaan;

Melibatkan pembelian mesin atau peralatan perniagaan yang berkaitan dengan jenis perniagaan yang dijalankan oleh pemohon. Sekiranya pemohon mempunyai pelbagai kod bidang perniagaan yang dinyatakan di dalam penyata pendaftaran perniagaan, permohonan yang dikemukakan hendaklah mewakili sektor perniagaan utama pemohon.

  • Pembangunan produk;

Melibatkan kerja-kerja pembangunan produk perniagaan sama ada dibuat secara terus oleh pemohon atau melalui lantikan konsultan bagi tujuan pembangunan jenama (logo dan tagline) dan rekabentuk pembungkusan produk. Ia juga merangkumi kerja-kerja mendapatkan persijilan, ujian makmal untuk mendapatkan fakta nutrisi atau memanjangkan tempoh hayat produk dan yang seangkatan dengannya.

  • Promosi dan pemasaran; dan

Melibatkan apa-apa kerja promosi dan pemasaran untuk memperkenalkan perniagaan atau pun produk. Komponen pembiayaan ini meliputi sewaan papan iklan, percetakan alat promosi, pengiklanan di media massa dan media sosial.

  • Pembelian bahan mentah; 

Melibatkan pembelian bahan mentah perniagaan utama yang dijalankan. Permohonan di bawah komponen ini adalah berkonsepkan tuntutan semula bagi tahun semasa. Oleh yang demikian, pemohon perlu mengemukakan resit-resit asal pembelian kepada urus setia untuk tujuan pembuktian.