Pengesahan Dokumen
PENGESAHAN DOKUMEN
Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung).
- Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
- Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.
Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.
Sila muat turun dokumen ini untuk melihat senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen