Syarat Kelayakan
Maklumat Asas Pembiayaan
- Penyaluran pembiayaan adalah secara geran berjumlah RM3,000.00 bagi setiap pemohon. Komponen pembiayaan yang boleh dipohon:
- (i) Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
- (ii) Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
- (iii) Promosi dan Pemasaran
- (iv) Pembelian Bahan Mentah
- (v) Modal Kerja
- Bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan (i), (ii) dan (iii), pemohon perlu mengemukakan satu (1) sebut harga.
- Had maksima untuk butiran pembiayaan (iv) dan (v) adalah berjumlah RM1,000 dari jumlah keseluruhan.
- Pembiayaan bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah dibuat secara pembayaran balik (reimbursement). Pembiayaan Modal Kerja meliputi sewaan premis serta bil utiliti perniagaan.
- Keutamaan pembekalan diberikan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan berkaitan di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau yang berdaftar dengan PKNNS.
Syarat-syarat Kelayakan Pemohon
- Warganegara Malaysia;
- Perniagaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) / Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh;
- Perniagaan beroperasi DAN beralamat di Negeri Sembilan;
- Perniagaan memenuhi definisi Mikro; (Jualan tahunan kurang RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang - Sumber : SME Corp. Malaysia)
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa;
Jenis Kelayakan Perniagaan
Semua jenis perniagaan adalah layak memohon kecuali;
- Perkhidmatan insurans / perkhidmatan pengangkutan / sewaan kenderaan / homestay
- Institusi kewangan / pinjaman wang
- Multi-level Marketing (MLM)
- Ejen jualan / wakil penjual / dropship
- Perniagaan nombor ramalan / minuman keras / rokok / rokok elektronik
Syarat-syarat Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan
- Milik pemohon dan jelas.
- Telah disahkan oleh Pegawai yang layak.
(Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK)
- Gambar Pemohon Berukuran Passport
- Salinan Lesen Perniagaan
- Atas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohon.
- Masih sah tempoh.
- Salinan Perakuan Pendaftaran SSM
- Muka hadapan
- Maklumat Perniagaan
- Maklumat Pemilik
- Sah tempoh.
- Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
- Perniagaan yang bukan Pemilikan Tunggal perlu disertakan dengan surat persetujuan rakan kongsi.
- setiap helaian telah disahkan oleh Pegawai yang layak. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK)
- Permohonan mestilah berkaitan dengan kod bidang yang didaftarkan pada SSM
- Salinan Penyata Kewangan / Akaun Bank
- Penyata akaun perniagaan / syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.
- Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
- Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Printscreen daripada’ transaction history’ adalah tidak diterima).
- Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
- Tempoh penyata hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
- Gambar Perniagaan
- Gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.
- Gambar hadapan premis.
- Gambar perniagaan yang sedang beroperasi.
- Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan.
- Salinan Perjanjian Sewa
- Masih sah tempoh.
- Terpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil & Sewa). Perlu disertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.
- Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon.
- Bil Utiliti / Resit Pembayaran
- Resit Asal (tahun semasa) perlu diserahkan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.
- Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan.
- Sebut Harga
- Sebutharga Asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama / nama perniagaan pemohon.
- Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model / spesifikasi, kuantiti dan harga (bagi tujuan semakan).
- Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
- Barang / peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan. (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu)
- Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
- Renovasi adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.