TUNS1
Semak Permohonan

Pembiayaan RM3,000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di samping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan 'Bersama Membina Negeri Madani’, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keenam pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM1 juta