Soalan Lazim
TUNS 2025
Bahan mentah tidak memerlukan sebut harga dari pembekal namun pemohon perlu menyerahkan Resit Asal (tahun semasa) sebagai bukti perbelanjaan bahan mentah.
Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online perlu memuat naik screenshot dari Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan
Tidak layak.
- Perkhidmatan insurans
- Institusi kewangan / pinjaman wang
- Homestay
- Perkhidmatan profesional
- Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh)
- Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing
- Mesin layan diri (vending machine)
- Dobi layan diri
- Kontrator
- Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik
- Perniagaan yang salah disisi undang-undang
- Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain
- Individu yang pernah menerima geran TUNS
Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon dan pemohon perlu membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan. Kegagalan pemohon untuk berbuat demikian akan menyebabkan pemohon di senarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.
Semua jenis sebut harga adalah diterima namun barangan yang dibeli hendaklah dinyatakan dengan jelas (rujuk pada syarat-syarat dokumen). Selain itu, sebut harga hendaklah dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal. Pemohon diingatkan untuk mengelakkan mengambil pembekalan dari kenalan / ahli keluarga bagi mengelakkan conflict of interest.
Pemilihan pembekal akan diputuskan oleh Jawatankuasa TUNS
Pembekal tidak wajib berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia namun pembekal hendaklah sebolehnya di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau pun berdaftar dengan PKNNS
Pemohon boleh mencari pembekal lain kerana permohonan tidak dapat diproses sekiranya sebut harga tidak dilampirkan bersama
- Pembekal hendaklah sebolehnya dikalangan usahawan Negeri Sembilan, atau pun berdaftar dengan PKNNS. Sekiranya pembekalan barangan tersebut didapati boleh dibekalkan oleh pembekal tempatan, pemohon akan diminta mendapatkan pembekal tempatan.
- Pemohon yang memohon untuk menggunakan pembekal luar perlu membuat perakuan dan justifikasi berkenaan mengapa memilih pembekal luar berbanding pembekal tempatan.
Penyata terkini bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut
Had peruntukan bagi bahan mentah adalah berjumlah RM1,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) daripada jumlah geran.
Ubah suai premis adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan
Pemohon boleh memohon untuk menggunakan keseluruhan RM3,000 untuk membuat pembiayaan di bawah kategori
- Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
- Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
- Promosi dan Pemasaran
Atau
- RM2,000 untuk pembelian (i), (ii) dan (iii) dan RM1,000 untuk bahan mentah. Pemohon boleh memohon nilai (i), (ii) dan (iii) melebihi RM2,000 dan baki keseluruhan geran untuk pembelian bahan mentah.
Jumlah sebut harga boleh boleh melebihi RM3,000 namun had maksimum kelulusan adalah RM3,000. Pemohon perlu membayar lebihan tersebut.
Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK.
Tandatangan ‘b/p (bagi pihak)’ adalah tidak dibenarkan.
Turutan waris adalah
- Suami / Isteri
- Anak
- Ibu / Bapa
- Lain-lain (adik beradik sahaja)
Ya. Dokumen tersebut wajib dilengapkan dan dimuat naik. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan hanya boleh disahkan oleh ADUN atau Penyelaras DUN sahaja. Tandatangan b/p (Bagi Pihak) adalah tidak diterima.
Tidak boleh. Borang Aku Janji perlu ditandatangan dan disertakan dengan cop perniagaan. Borang tersebut dianggap sebagai tidak lengkap jika tidak ditandatangan atau tidak dicop dengan cop perniagaan.
Pemohon boleh mengemukakan penyata akaun peribadi yang aktif
Penyata kewangan diperlukan bagi tujuan semakan jualan tahunan perniagaan / syarikat dan status aktif perniagaan tersebut. Tanpa dokumen ini permohonan tidak akan diproses.
Perniagaan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat
Pendaftaran SSM adalah syarat asas bagi memohon pembiayaan TUNS. Tanpa dokumen ini permohonan tidak akan diproses.
Pendaftaran SSM adalah syarat asas bagi memohon pembiayaan TUNS. Tanpa dokumen ini permohonan tidak akan diproses.